Pendidikan
awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran
masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru bukan sesuatu yang
menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat
pendidikan awal di Negara ini.
Sejarah
Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an iaitu selepas Perang Dunia
ke-2.Pada pendidikan awal kanak-kanak telah didorong oleh sistem pendidikan British
dan ianya hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana
pendidikan jenis ini memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya.
Sebelum Merdeka
Dari
tahun 1950 hingga 1960 ,tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis Kristian sebagai
sebahagian aktiviti gereja.Hampir kesemua tadika dipunyai oleh individu atau
agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan menyediakan Pendidikan
Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibu bapa yang mampu membayar yuran. Kesannya,hanya
sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas
tadika.Malangnya,ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin
dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika.
Selepas Merdeka
Sekitar
tahun 1960-an pula,Pendidikan Awal Kanak-Kanak berkembang secara umum berikutan
kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan kurang
berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Satu revolusi telah berlaku pada
tahunn1969,Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan
kepada Worker Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model TADIKA
yang mana ia hampir sama dengan projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Sasaran
utama projek ini adalah di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin dari
pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, dan India.Mereka dipilih daripada Kampung
Muniandy, Kmpung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor.Satu kajian telah
diambil di Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam projek
ini telah mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku jika
dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak telibat dalam projek ini ( Bernard
Van Lee 2009 ).
KEMAS – 1970 KEMAS memulakan projek rintis
yang dinamakan ( Taman Bimbingan Kanak-Kanak )TABIKA dan beroperasi di luar
bandar.
FELDA – 1970 FELDA menubuhkan kelas
prasekolah sebagai sebahagian sumbangan kebajikan kepada peneroka.
JABATAN PERPADUAN NEGARA
( JPNN ) – 1976, JPNN
menubuhkan tadika sebagai landasan perpaduan dalam kalangan berbilang etnik.
Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA)
– RISDA ini memberi sumbangan terhadap pendidikan awal kanak-kanak kepada
pekebun-pekebun kecil getah di luar bandar.
PUSAT PERKEMBANGAN
KURIKULUM – 1972 di
bawah tajaan Bernard Van Lee Foundation telah menghasilkan garis panduan untuk
taman asuhan kanak-kanak.Ia menjalankan projek rintis sebanyak 12 sekolah di
seluruh negara.Latihan untuk guru bermula smenjak tahun 1972 hingga 1976 yang
dibiayai oleh UNICEF.Seramai 137 yang terdiri daripada guru sekolah rendah, pegawai
KEMAS dan pegawai pendidikan prasekolah terlibat dalam program ini.
RANCANGAN MALAYSIA KE-3
( 1976-1980 ) –
Rancangan ini secara tidak langsung pendidikan prasekolah mencapai salah satu
objektif pendidikan.
KEMENTERIAN KEBAJIKAN
MASYARAKAT –
Kementerian ini mengambil langkah untuk isu-isu yang bekerja dengan menyediakan
perkhidmatan jagaan kanak-kanak yang dinamakan TASKA dan mewujudkan AKTA TAMAN
ASUHAN KANAK-KANAK ( Akta 308 ) pada tahun 1984 untuk memberin perlindungan
kepada kanak-kanak.
RUJUKAN
LAMAN WEB :
LAMAN WEB :