Monday, 17 August 2015

SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal di Negara ini.
Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an iaitu selepas Perang Dunia ke-2.Pada pendidikan awal kanak-kanak telah didorong oleh sistem pendidikan British dan ianya hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis ini memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya.

Sebelum Merdeka
Dari tahun 1950 hingga 1960 ,tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis Kristian sebagai sebahagian aktiviti gereja.Hampir kesemua tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibu bapa yang mampu membayar yuran. Kesannya,hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika.Malangnya,ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika.

Selepas Merdeka
Sekitar tahun 1960-an pula,Pendidikan Awal Kanak-Kanak berkembang secara umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Satu revolusi telah berlaku pada tahunn1969,Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worker Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Sasaran utama projek ini adalah di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, dan India.Mereka dipilih daripada Kampung Muniandy, Kmpung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor.Satu kajian telah diambil di Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam projek ini telah mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak telibat dalam projek ini ( Bernard Van Lee 2009 ).

KEMAS – 1970 KEMAS memulakan projek rintis yang dinamakan ( Taman Bimbingan Kanak-Kanak )TABIKA dan beroperasi di luar bandar.
FELDA – 1970 FELDA menubuhkan kelas prasekolah sebagai sebahagian sumbangan kebajikan kepada peneroka.
JABATAN PERPADUAN NEGARA ( JPNN ) – 1976, JPNN menubuhkan tadika sebagai landasan perpaduan dalam kalangan berbilang etnik.
Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) – RISDA ini memberi sumbangan terhadap pendidikan awal kanak-kanak kepada pekebun-pekebun kecil getah di luar bandar.
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM – 1972 di bawah tajaan Bernard Van Lee Foundation telah menghasilkan garis panduan untuk taman asuhan kanak-kanak.Ia menjalankan projek rintis sebanyak 12 sekolah di seluruh negara.Latihan untuk guru bermula smenjak tahun 1972 hingga 1976 yang dibiayai oleh UNICEF.Seramai 137 yang terdiri daripada guru sekolah rendah, pegawai KEMAS dan pegawai pendidikan prasekolah terlibat dalam program ini.
RANCANGAN MALAYSIA KE-3 ( 1976-1980 ) – Rancangan ini secara tidak langsung pendidikan prasekolah mencapai salah satu objektif pendidikan.
KEMENTERIAN KEBAJIKAN MASYARAKAT – Kementerian ini mengambil langkah untuk isu-isu yang bekerja dengan menyediakan perkhidmatan jagaan kanak-kanak yang dinamakan TASKA dan mewujudkan AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK ( Akta 308 ) pada tahun 1984 untuk memberin perlindungan kepada kanak-kanak.

RUJUKAN 
LAMAN WEB :







No comments:

Post a Comment