Kemahiran Motor Kasar
Kemahiran motor kasar adalah amat penting
untuk pertumbuhan kanak-kanak dari sejak kecil.Kemahiran motor kasar ini
melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan,lengan, kaki,atau keseluruhan
badan yang membolehkan fungsi.Kemahiran motor kasar seseorang kanak-kanak
bergantung kepada kedua-dua nada otot dan kekuatanAktiviti motor kasar ini
haruslah melibatkan pergerakkan kaki dan tangan dengan sepenuhnya.Antara
aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan kemahiran kanak-kanak tersebut ialah
seperti berjalan,berlari,skipping dan menyambut bola.Dalam masa pertengahan dan
akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakain halus
dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak.
Kemahiran Motor Halus
Kemahiran motor halus didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan dan motor halus adalah kemahiran yang melibatkan
pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan,
kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Kemahiran motor halus juga melibatkan koordinasi
pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan
koordinasinya dengan mata.
Mereka memperoleh kemahiran tersebut
apabila otot-otot kecil bertambah terutama di bahagian tanagn dan kaki. Keadaan
ini menjadikan segala aktiviti dan pergerakan kanak-kanak tersebut seperti
menitis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih baik dan sempurna. Kanak-kanak
lebih mahir dan cekap menggunakan tangan mereka. Kanak-kanak enam tahun boleh
memukul, menampal, mengikat tali kasut, dan membutan baju.
RUJUKAN
LAMAN WEB :
LAMAN WEB :
http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/pengenalan-motor-kasar-dan-motor-halus.html
http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2013/04/apa-itu-kemahiran-motor-kasar.html
http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/motor-kasar-dan-motor-halus.html
sangat membantu saya membuat asigments dpakk
ReplyDelete